Welcome to Twilight Zone!!.. Thank you for visiting here.. Have a great day ahead!.. ~Mieyaz~

Sunday 19 February 2012

kahwin?married?jie hun?

hye bloggers,

hari ini aku nak buka cerita tentang kahwin...okey kita kan 1 Malaysia, klau dalam bahasa melayu KAHWIN, bahasa cina JIE HUN (aku rujuk member aku yang sekolah cina tapi melayu..hehe) kalau bahasa tamil aku x sure la plak kan? sebab xde member tamil..sorry guys...okey2 tak kisah la bahasa apa pun  kan yang penting tajuknye sama je...



okey aku cuma nak usulkan pendapat aku tentang perkahwinan zamann sekarang yang aku rasa x boleh langsung kita nak samakan dengan zaman dahulu kala kan2??? bila timbul je soal kahwin setengah orang cuba nak lari topik tambah2 bagi perempuan yang dah ckup umur tuk bergelar seorang isteri...aku pun dah dikira ckup umur gak and most of parents2 kita ni selalu cakap klau umur dah 25 tahun tu dah sampai tahap nak jadi Andartu...OMG aku pun dikira bakal Andartu la klau ak x kahwin this year???oh no!!!!

itu mungkin pemikiran aku dulu..hahah but not now after aku tahu apa yang aku kena buat dalam hidup...career aku semua tu penting sekarang ni..yer la cuba fikir penat2 aku belajar sampai ke menara gading and at last aku end up kahwin...once bila dah kahwin banyak benda nak kna fikir, yes betul ramai orang cakap kalau pandai bahagikan masa mesti boleh...jangan nak jadi hipokrit okey..sebab bagi aku masa itu emas...setiap saat tu penting so kalau tahu nak gunakan masa mesti sekarang ni dah kurang peratus penceraian di kalangan orang muda macam aku ni...


okey...sorry aku bukan nak salahkan orang muda cam aku ni nak fikir soal kahwin tapi biarlah betul caranya..ni kalau nak kahwin dengan niat just nak halalkan about 'malam pertam' lebih baik x payah sebab benda camtu x kan bawa bahagia...kita orang timur orang yang penuh adat dan budaya bukan sahaja sebab benda2 'sex' yang nak dijadikan bahan utama.


minta maaf banyak2 kalau bahasa aku kurang menyenangkan...sebab aku banyak dengar alasan nak kahwin awal sebab nak menghalalkan yang haram..yes memang betul tapi bukan setakat tu je...banyak lagi sebab kita nak kahwin..okey now aku x nak fight pasal ni sebenarnya...just aku nak luahkan pendapat aku tentang perkahwinan.
okey la nanti aku sambung lg part 2 about married ni ek..

peace,
Fatin